Sunday, October 5, 2008

Mesin Basuh Untuk Semua…



Kubang Kerian, 11 September 08- Rungutan pelajar setelah bergenerasi berkenaan kurangnya mesin basuh di desasiswa terutamanya DM putera kini didengari pihak MPDMN. Sebuah mesin basuh telah disediakan di bilik pantri aras 1 DM 2 sebagai tempoh percubaan bermula 11 hingga 25 September 08.

Mesin basuh yang menyediakan perkhidmatan seperti mesin basuh yang sedia ada dengan bayaran hanya RM 2 dan penggunaan pelbagai syiling. Ini adalah satu kelebihan yang dimiliki oleh penghuni DM2 berbanding penggunaan mesin lama yang mengenakan bayaran sebanyak RM 3 dengan hanya membolehkan syiling 50 sen digunakan sepertimana yang berjalan di desasiswa lain.

Pihak MPDMN menjanjikan lebih banyak mesin basuh akan disediakan di setiap aras DM2 jika tiada kerosakan, pergaduhan, perselisihan dan lain-lain berlaku sepanjang tempoh percubaan iaitu berakhir 25 September baru-baru ini. Rata-rata penghuni DM 2 yang ditemui berpuashati dengan perkembangan yang berlaku.

“kami gembira dan ucapkan tahniah kepada pimpinan baru MPDMN atas usaha mereka menjaga kebajikan penghuni desa dengan menyediakan mesin basuh ini”

Sejenak tinjauan campusdaily kepada pandangan penghuni desasiswa lain memberikan pelbagai idea yang menarik untuk diberi perhatian.

“terima kasih diatas usaha yang dilakukan, mungkin penambahan mesin basuh juga perlu dilakukan di desasiswa lain contoh nya di nurani yang mempunyai kapasiti penghuni yang lebih ramai daripada DM2.”

“sememangnya ini adalah pengislahan yang baru dalam kepimpinan yang kita inginkan, tapi amat diharapkan agar usaha mejaga kebajikan adalah bersifat menyeluruh tanpa mengmbil kira kepentingan individu”

Saturday, October 4, 2008

Kad Diskaun IPTA...

ETALING JAYA 28 September - Sebilangan mahasiswa IPTA di seluruh Malaysia mempersoalkan kewujudan kad diskaun IPTA sebagaimana yang dicanang-canangkan oleh pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti masing-masing.

Di Universiti Malaya , aktivis Pro Mahasiswa saudara Fadzil Jamal mempersoalkan kesungguhan YDP MPMUM Afandy Sutrisno yang memimpin Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dalam memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa khususnya isu kad diskaun.

“Pada bulan jun yang lalu, beliau mencanangkan tentang kad diskaun untuk meringankan beban mahasiswa setelah harga minyak naik melambung.Majoriti mahasiswa di seluruh negara merasa lega lantaran cadangan yang bernas intu.Namun, sampai ke hari ini kad diskaun pun tak kunjung-kunjung tiba.”ujar Fadzil.

Di Universiti Putra Malaysia, seorang aktivis mahasiswa Pro Mahasiswa UPM saudara Razak Mustapha mempersoalkan mengapa pimpinan mahasiswa Aspirasi tidak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Kad Diskaun Mahasiswa.

“Pimpinan MPP hanya suka melancong di luar negara.Isu-isu kebajikan ini hanya akan ditimbulkan sebaga pemanis mulut.Tentang kad diskaun, sampai hari ini tak ada apa-apa perkembangan.”

Di Universiti Sains Malaysia, seorang mahasiswa tahun dua saudara Asyraf pula mengingatkan pimpinan MPPK agar tidak memperbodoh-bodohkan mahasiswa dengan jaji-janji palsu semata-mata-mahasiswakini