Monday, September 22, 2008

Apakah nasib penubuhan PMIUSMKK..



USMKK, 21 September 2008 - Pihak penaja PMIUSMKK dilaporkan telah menghantar kertas kerja penubuhan PMIUSMKK serta menyuarakan perkara ini sehingga ke peringkat Naib Chanselor. Tindakan ini jelas telah memberikan suatu anjakan baru ke arah perkembangan usaha menyebarkan Islam di kampus ini. Sudah sekian lama masyarakat kampus ini, khususnya mahasiswa Islam menanti kewujudan sebuah persatuan bertemakan Islam. Umum telah mengetahui bahawa, persatuan-persatuan lain berentitikan budaya serta kepercayaan tersendiri telah lama berdiri di kampus ini. Apabila memikirkan nasib mahasiswa Islam pula, seolah-olah golongan ini terkial-kial mencari identiti serta teras kekuatan dalam kehidupan bermahasiswa. Menurut Jurucakap jawatankuasa penaja PMIUSMKK, merangkap Pengerusi MPPUSMKK, saudara Mohammad Alif Yunus, ketika diminta mengulas berkenaan dengan isu ini berkata "Memang Pusat Islam wujud di kampus ini, dan sekiranya difikirkan dari aspek kuantiti serta jisim, tidak perlulah wujud lebih daripada satu persatuan mahupun badan yang berteraskan Islam dalam sesuatu waqi'. Namun, pemikiran kita harus menjangkau lebih daripada itu. Kita harus melihat dari aspek fokus serta bebanan yang harus dipikul oleh Pusat Islam. Pusat Islam yang sedia ada, mempunyai fokus terhadap staf dan juga mahasiswa USMKK secara keseluruhannya. Justeru, penubuhan PMIUSMKK bukan sahaja dianggarkan memberi kesan kepada perkembangan dakwah serta sahsiah secara keseluruhannya dalam kalangan mahasiswa, bahkan, turut membantu serta memudahkan kerja Pusat Islam dalam menghebahkan lagi dakwah secara holistik dan spesifik."
Pihak atasan dilihat kurang memahami akan keperluan ke arah penubuhan satu persatuan Islam yang dikendalikan oleh mahasiswa dalam kampus ini. Komen yang dilontarkan oleh Naib Chansellor USMKK, Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak, terhadap penubuhan PMIUSMKK, cukup jelas menunjukkan beliau bersama-sama dengan barisan pengurusan USM tidak memahami akan keperluan serta rasional penubuhan. Pemikiran Islam mewakili label bukanlah satu perkara yang menjadi matlamat dalam dakwah, sebaliknya Islam seharusnya menjadi suatu cara hidup yang universal serta menyeluruh. Namun, dalam keadaan dunia yang penuh dengan kehidupan klusterism serta berfragmentasi, label persatuan Islam atau negara Islam harus wujud untuk menggerakkan Islam secara berstruktur dan efisyen. Persatuan ini seharusnya hidup seperti enjin penggerak Islam secara kukuh dalam masyarakat. Berpegang pada asas yang teguh dengan prinsip Islam yang sebenar, tidak menjadi masalah sekiranya pendekatan atau methodologinya berbeza pada masa kini. Kita tidak boleh mengharapkan dakwah ini bergerak dalam individu semata-mata, tetapi semolek-moleknya dakwah itu bergerak secara kolektif, berorganisasi selepas pengukuhan individu. Slogan Islam untuk semua semata-mata tidak berjalan sekiranya hanya suara-suara sahaja sayup-sayup didengar tanpa gelombang gerakan yang menyokongnya. Justeru, mahsiswa-mahasiswi USMKK berharap agar pihak pengurusan meneliti semula keperluan penubuhan PMIUSMKK secara adil, tanpa prejudis dan teliti.
Golongan mahasiswa kampus sentiasa berdiri teguh ke arah menyokong penubuhan PMIUSMKK. Gelombang perubahan kesedaran dilihat jelas berkumandang di seluruh pelusuk kampus, tidak kira di mana serta bahagian pengajian yang ada. PMIUSMKK sentiasa menjadi sebutan masyarakat kampus dalam tempoh yang terdekat ini, dan perkara ini menjadi suatu manifestasi semangat ke arah penubuhannya.

Friday, September 12, 2008

Sekitar Pilihan Raya Kampus 2008

Kuala Lumpur 10 September – Kemungkinan besar dalam pilihanraya kampus kali ini, Gabungan Mahasiswa Pro Pentadbiran (Aspirasi) yang mewakili suara mahasiswa pro-kerajaan akan menukarkan namanya. Ini adalah disebabkan beberapa faktor yang berlaku lantaran tsunami politik yang melanda di peringkat nasional.
Akibat daripada kebangkitan suara rakyat yang berlaku, Aspirasi terasa tergugat dengan prestasi kerajaan sekarang yang memungkinkan mereka kalah menjelang pilihanraya kampus kali ini.
Antara faktor pertukaran nama ini adalah disebabkan kes Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah disebabkan Saiful Bukhari telah mencemarkan nama Aspirasi itu sendiri. Untuk makluman, Saiful merupakan seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.
Lantaran imej buruk Saiful ini telah memalukan kesemua nama Aspirasi di kampus lain kerana produk hasil daripada kepimpinan Aspirasi ini akhirnya melahirkan manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri, hatta diminta bersumpah sekali pun.
Mengikut maklumat, cadangan pertukaran nama bagi Aspirasi adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Ini adalah disebabkan GPMS telah masuk ke segenap universiti di Malaysia terutamannya universiti di Lembah Kelang.
Di Universiti Malaya, GPMS mula menapak ketika minggu pengenalan persatuan (PROMO 08’) yang lalu. Perasmian penubuhan GPMS ini telah berlangsung di Kompleks Perdana Siswa (KPS). Pergerakan GPMS juga rancak di Universiti Kebangsaan Malaysia, iniu adalah kerana keahlian GPMS yang dahulu hanya aktif di sebuah kolej kediaman kini diluaskan di setiap kolej.
Selain itu, di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), nama REVO tidak digunakan lagi dan digantikan dengan GPMS sempena PRK yang lepas untuk membuktikan kekuatan mereka.
Perjalanan pegerakkan GPMS paling rancak ialah di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) yang mana telah berjaya mengadakan demonstrasi besar-besaran tanda protes kepada kenyataan Menteri Besar Selangor yang memberikan peluang kepada bukan bumiputera masuk ke dalam universiti tersebut.
Berbalik kepada suasana politik pro aspirasi USMKK yang saban tahun bagaikan tiada kewujudannya, mendesak mahasiswa berfikiran merdeka membariskan wakil-wakil mereka dibawah nama Pro Mahasiswa.Lantaran mutu kredibiliti Pro Aspirasi yang sentiasa benaung dibawah telunjuk pihak pengurusan menyebabkan peranan mereka sebagai suara mahasiswa diketepikan bagi mendahulukan kepuasan pihak pengurusan.
Menurut dari beberapa sumber, Pro Mahasiswa kali ini akan tampil dengan membariskan calon-calon yang terbaik dengan kekuatan jentera plihanraya yang berkemahiran tinggi dalam matlamat merealisasikan kebajikan mahasiswa….

Keprihatinan MPDMN

"toleransi bukan demontrasi"..begitulah moto baru MPDMN yang ditayangkan bersempena diskusi antara pihak pengurusan bersama penghuni desasiswa murni nurani bertempat di Dewan Utama USMKK pada 26 Ogos 2008. Sekalung penghargaan seharusnya diberikan kepada MPDMN dalam usaha menyelami permasalahan penghuni desasiswa yang saban masa inginkan permasalan mereka didengari
Dengan pembukaan majlis yang begitu harmoni diselitkan bersama persembahan dikir barat, membayangkan kelancaran program yang dirancang. Sungguhnya peluang sebegini dinanti oleh kebanyakan penghuni desa terutama kepada yang terpaksa menginap diluar Kampus.
Sudah tentunya isu berkenaan penempatan pelajar di dalam desa menjadi tajuk utama perbincangan.Sekitar menyingkap kepada perbincangan, yang banyak berkisar kepada isu kronisme, pemberian mata merit yang tidak adil, aduan kekurangan kemudahan di desa luar kampus dan kebajikan pelajar yang berada diluar kampus tidak terjaga menghangatkan susana. Tidak kurang juga ramai memberi idea dalam menambahbaikkan sistem penyelarasan penempatan di masa hadapan.
Satu persoalan dikemukakan oleh saudara Aliff Yunus selaku Pengerusi MPP USMKK berkenaan dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak desa dalam menunaikan janji mereka terhadap pengarah kampus berkenaan tuntutan agar pihak desa melihat kembali pemberian mata merit kepada pelajar. Antara tuntutan lain adalah mengkehendaki agar pemilihan pelajar2 yang berada didalam desa adalah mempunyai nilai mata merit yang lebih tinggi daripada mereka yang berada diluar kampus.
Mejawab kepada soalan yang dibangkitkan, satu respond yang kurang memuaskan diberi tanpa ada sebarang pendekatan dari pihak desa untuk menimbal kembali mata merit pelajar2.
Satu kenyataan kontrovesi oleh penolong penggawa bagi desasiswa murni atau lebih dikenali kak Syikin telah menarik perhatian… “ saya tidak menjalankan apa-apa unsur kronisme dalam pemilihan pelajar di desa saya (desasiswa murni). Mereka yng senang untuk diminta tolong dan tidak pernah berpaling muka bila diminta tolong itulah yang saya ambil menginap di asrama saya..”
Ini bercanggah dengan kenyataan yang disampaikan oleh Tuan Haji Yusuf Abdullah, Timbalan Pendaftar Kampus Kesihatan…”segala keputusan siapa yang berada didalam yang berada diluar adalah sepenuhnya dibawah pengurusan HEP di bawah UPPU. Pihak desa hanya menanti keputusan senarai nama pelajar dari HEP..” Persolannya, siapakah Kak Syikin untuk menentukan kedudukan penempatan pelajr-pelajar...?
Anatara lain kenyataan yang dapat diambil adalah berkenaan janji Dr. Rushdan selaku Penggawa Desasiswa Murni Nurani yang mengatakan bukanlah suatu jaminan untu mereka yang berada dibawah pucuk pimpinan MPDMN untuk berada didalam desa di sesi akan datang. Diharapkan ini dapat dilaksanakan.

Wednesday, September 3, 2008

Dimana kredibiliti MPDMN…


Bukanlah satu kepentingan untuk mempersoalkan isu pelantikan Majlis Perwakilan Desasiswa Murni Nurani (MPDMN) di peringkat individu. Namun, jika isu ini diambil kira dari segi hak majoriti penghuni desasiswa secara umumnya, ia menampakkan ketidakadilan dan pemanipulasian yang nyata. Jelasnya disini, omong berkenaan MPDMN bukan suatu yang boleh dipandang enteng. Hatta, jika sekelumit selumbar menusuk isi, jika dibiar, membawa nanah yang membusung.

Teringat kita akan pesanan retorik pihak atasan, “ingatlah kamu semua wahai pelajar yang dikasihi. Jangan dilupa pesan ayah dan ibu. Matlamat utama datang kemari agar belajar menimba ilmu”. Cukup ringkas mengongkong minda-minda mahsiswa mahasiswi kepada kehidupan berorientasikan akademik semata-mata. Biarkan saja mereka pekak pada perkembangan semasa, buta dengan ragam sekeliling, bisu lesu menyuarakan yang hak. Biarkan saja tunduk kecut pada kebatilan dan kerakusan pihak berkuasa.yang semakin senang dengan insan-insan seperti ini.

Pemilihan MPDMN baru-baru ini merupakan landskap klasik yang digubah oleh pihak atasan sejak turun-temurun. Percaya atau tidak, inilah senario yang disogokkan saban tahun tanpa kerelaan atau tanpa disedari majoriti penghuni desasiswa. Dengan retorik pemilihan calon secara temuduga, sudah pastinya cukup mudah dipengaruhi unsur kronisme. Siapa tahu sejauh mana telusnya pemilihan ini. Hakikatnya , mahasiswa mahasiswi diperbudakan.

Sekilas pandang terhadap keputusan MPDMN sesi 2008/2009 baru-baru ini, sesiapa pun mampu mengungkap kejumudan dalam pemilihannya. Cukuplah jika hanya meneliti kepada jawatan NYDP MPDMN yang tidak bercalon. Mana mungkin ini terjadi secara rasional. Dilihat pada senarai calon yang memohon jawatan tersebut seramai empat orang, logikkah untuk ia dibiarkan kosong tanpa berwakil. Sekalipun tiada dikalangan mereka yang cukup berkredibiliti sebagai alasannya, munasabahkah untuk pihak desa melantik mereka yang tidak memohon apa-apa jawatan dalam MPDMN sebagai penggantinya? Dimana professional pemlihan ini.?

Biarkan saja mahasiswa pekak pada perkembangan semasa, buta dengan ragam sekeliling, bisu lesu menyuarakan yang hak. Biarkan saja tunduk kecut pada kebatilan dan kerakusan pihak berkuasa.yang semakin senang dengan insan-insan seperti ini

Bagaimana pula jika kita mempersoalkan pemberian jawatan yang bukan dipohon oleh calon itu sendiri? Apa motifnya untuk setiap pemohon dikehendaki menyatakan jawatan yang dipohon mereka? Segalanya, menggambarkan ketidaktelusan pemilihan ini.

Bersama kita menjadikan pemilihan MPDMN dimasa akan datang secara undian!!!

.

“PRODUCING WORLD-CLASS LEADERS”