Friday, December 26, 2008

Dimana Pilihan Raya Kampus...?


Kota Bharu,27 Disember 2008- Setakat ini, beberapa kampus seperti UUM, UPSI, UNIMAS dan UTP telahpun berlangsung Pilihanraya Kampus (PRK) sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan Universiti dan AUKU sendiri.

“…ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun…” [Seksyen 52(4), Perlembagaan Universiti]

Pro Mahasiswa (ProM) di universiti-universiti lain seperti USM, UM, UKM, UPM, UiTM dan beberapa kampus lain masih menanti pembubaran MPP dan PRK dilangsungkan secara adil, bebas dan demokratik.

Ada dalam kalangan ProM kampus-kampus besar tersebut mulai mendesak pembubaran MPP dan tugas-tugas lazim ahli-ahli MPP boleh dilaksanakan oleh suatu badan sementara - caretaker government.

Hanya ProM UM sahaja menolak perlaksanaan caretaker government ini atas alasan teknikal - tidak boleh membuat keputusan rasmi Universiti; dan dianggap tidak relevan.

ProM USM agak lebih bersikap berhati-hati dalam hal ini.

Pun begitu, rata-rata yang menyatakan pendirian berhubung kelewatan pembubaran MPP dan pertimbangan menggunakan caretaker government ini didorong oleh pengalaman sistem pilihanraya Malaysia sendiri.

caretaker government, ada beberapa situasi hakikatnya menuntut pada wujudnya caretaker goverment. Pertama, apabila kerajaan (merujuk pada Dewan Rakyat) telah jatuh akibat undi tidak percaya; atau atas apa sebab sekalipun yang mengakibatkan Menteri Perdananya (PM) terpaksa meletak jawatan.

Sebagai contoh, jika usul undi tidak percaya 16 September lalu diterima bahas oleh Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan majoriti ahli-ahli Parlimen (MPs) tidak kira sama ada di pihak Kerajaan atau Oposisi menyokong undi tidak percaya kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, bermakna cartaker government perlu diwujudkan.

Kewujudannya bukan dipilih dalam kalangan MPs Kerajaan aka UMNO/BN, tetapi melalui persetujuan seluruh MPs melalui proses representasi Parlimen sendiri. Kemudian, keputusan tersebut perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong (DYMM YDA) untuk membentuk kerajaan sementara tersebut.

Di Malaysia perkara ini tidak pernah berlaku sama sekali, walaupun sebenarnya caretaker goverment ini boleh dilakukan dalam kadar yang perlu; tidak perlu kepada lompatan parti oleh MPs UMNO/BN ke pihak oposisi aka Pakatan Rakyat (PR) - PRK, DAP, PAS dan sebagainya.

Sistem demokrasi kampus dan PRK juga sebenarnya tidak jauh berbeza dengan sistem demokrasi nasional. Alasan Caretaker Government adalah tidak relevan patut diteliti semula kerana pembubaran MPP langsung tidak menjejaskan guardian aka Naib Canselor, komuniti ahli akademik, staff-staff sokongan sehinggalah jawatankuasa lantikan dalam kalangan mahasiswa/i.

Caretaker Government ini cuma sekadar ‘pemutus’ pada penggal perjawatan MPP apabila tamat tempoh setahun.

Caretaker Government ini sebenarnya sekadar menuntut Naib Canselor segera melantik badan tertentu yang dirasakan perlu untuk mengisi tangungjawab-tanggungjawab tertentu yang melibatkan hal ehwal kebajikan mahasiswa.

Apa yang lebih penting, caretaker government ini dapat membataskan penyalahgunaan kuasa dan keistimewaan Universiti oleh pihak-pihak ‘tertentu’ agar Pro Aspirasi aka proksi-proksi UMNO kampus tidak terus memperkudakan MPP demi memperbodohkan idealisme mahasiswa atas pelbagai nama.