Apakah E-undi?
E-undi ialah sistem pembuangan dan pengiraan undi yang menggunakan aplikasi elektronik sebagai alternatif kepada sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper). Sistem seumpama ini telah digunapakai secara meluas di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Brazil. Dalam sistem e-undi, terdapat beberapa kaedah mengundi secara elektronik termasuk mesin mengundi (mesin elektronik rekod terus DRE),Internet, telefon mudah alih, pembantu digital peri badi dan televisyen digital. Tampak sekilas pandang, suatu perkembangan positif ke arah mendidik masyarakat tentang erti demokrasi sebenar dalam sistem pilihanraya dari sudut kerahsiaan undi dipertingkat dan kadar pengurangan undi rosak pada tahap minumum tetapi nikmat yang dijanjikan berkemampuan untuk mencurah kesenangan telah mengundang malapetaka dahsyat sehingga tercalar rekod pengendalian pilihanraya secara bersih dan telus. Beberapa kajian kes di negara maju yang mengamalkan teknik undi elektronik ini mengakui terdapat kelompangan yang jelas mengopak konsep asal berpilihanraya.
Contohnya berlaku kontroversi semasa pemilihan Presiden dalam pilihanraya umum Amerika Syarikat pada tahun 2004 apabila melibatkan masalah keabsahan software kendalian dan pengiraan semula. Ini dihangatkan lagi apabila timbulnya kondisi ketidakfungsian pengendalian sistem (jammed system) di Virgina pada November 2003 menyebabkan hak mengundi mereka dinafikan.
Contoh di atas seakan-akan terlalu jauh untuk dikaitkan dengan konteks pilihanraya kampus tetapi terdapat nilai sepunya untuk dicari titik pertemuan bagi menjamin pilihanraya yang demokratik dan memanfaat kan kuasa satu undi yang merupakan ekpresi pendirian politik peribadi. Pilihanraya dilihat sebagai suatu indikator untuk mengukur sejauhmana suatu komuniti tersebut bebas bersuara melalui medium yang telus dan partisipasi dalam kancah berpolitik. Tidak perlu untuk mempersoalkan tentang sistem yang terbaik selagimana komuniti tersebut gagal mengenal erti dan tujuan sebenar mengapa pilihanraya dilaksanakan dan reaksi sosial mereka tempang berhadapan dengan masyarakat. Kampus tidak sepatutnya bersalahan dengan realiti sebenar masyarakat malah alam universiti sebagai medan latihan untuk memahami struktur fundamental hidup bermasyarakat malah menjadi cerminan kepada sistem komuniti luar.
Maka, kajian ini akan mengupas beberapa masalah yang kemungkinan timbul dalam sistem e-undi yang diamalkan dibeberapa buah universiti tempatan dalam siri pemilihan MPM dalam pilihanraya kampus yang diadakan. Beberapa isu pokok dalam e-undi ialah kerahsiaan undi, ketelusan sistem, kos pengaplikasian yang tinggi, status keselamatan yang diragui, integriti data dan pencabulan amalan demokratik di Malaysia. Semoga dengan penjelasan kecil ini bermanfaat dalam memaknakan erti demokrasi kampus dan mewacanakan agenda politik kampus yang sihat di kalangan mahasiswa.
Satu perspektif baru dalam evolusi demokrasi : Premis asas
Masyarakat kampus mesti meletakkan kepercayaan sebagai asas kepada penubuhan sebuah kerajaan yang sah melalui sistem pilihanraya yang adil dan telus. Sekiranya soal ini diketepikan, maka asas bagi sebuah kerajaan demoktratik akan rapuh. Perkembangan dunia informasi telah mendesak penggunaan sistem elektronik merupakan lembaran baru dalam dunia demokrasi.
Persoalannya, mengapa sistem ini di’paksa’ penggunaan sedangkan testimoni di negara-negara Barat menunjukkan hasil yang mendukacitakan. Ini kerana sistem demokrasi adalah ber gantung kepada sejauhmana sesebuah komuniti percaya akan metod yang diaplikasikan dan sejauhmana metod tersebut mampu menawarkan keselamatan dan imuniti integriti data yang tinggi. Selaras dengan kemajuan teknologi, pengundi perlu diberikan pilihan mengundi yang sesuai dengan gaya hidup mereka dan ia mungkin boleh dilaksanakan di negara ini dalam pilihan pilihan raya selepas ini.
Bagaimanapun, pelaksanaan e-undi, mungkin juga boleh menimbulkan beberapa masalah seperti keselamatan, sistem pengkomputeran gagal berfungsi, pengodaman, ancaman virus, pengguna berasa kekok dan sebagainya. Dalam perkembangan ICT masa kini, tidak terdapat jaminan program tidak boleh dimanipulasi dan menghasilkan penyimpanan dan cetakan yang berlainan berbanding di skrin. Isu keselamatan lain termasuk memastikan semua pengundi dibenarkan membuang undi dan memastikan selepas itu undi akan disimpan dan dikira dengan tepat. Masalahnya pengundi juga perlu diyakinkan mengenai sistem e-undi. Jika tidak, peralihan metod baru dilihat gagal menyakinkan pengundi sekiranya premis asas sistem pilihanraya tidak dipenuhi.
Dalam Universal Declaration Human Right (UDHR), jelas menyatakan bahawa hak individu untuk menubuhkan kerajaan yang berautoriti mesti dizahirkan melalui iltizam(will of the people) dan sistem pilihanraya yang universal(acceptable) serta dijamin kerahsiaan undi. Artikel 21 ini terpakai tanpa membataskan status hierarki dalam masyarakat dan mahasiswa tidak terkecuali. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR, Tan Sri Ab Rashid AB Rahman adalah individu yang bertanggungjawab mengendalikan, menguruskan sistem pilihanraya yang adil berkata pilihanraya yang diadakan hendaklah menepati kehendak dan keperluan rakyat disamping berusaha untuk memperkasakan amalan demokrasi. Sesuatu metod pengundian yang dibuat mesti meraih kepercayaan (credible) dan efektif. Selaras dengan keperluan sebuah negara yang membangun seperti Malaysia, e-undi dianggap tidak perlu digunakan buat masa kini. Sesuatu metod mengundi mesti absah untuk diterima penggunaan selagimana menepati kriteria pokok:
· Ketepatan undi
· Ketelusan( Transperacy )
· Kerahsiaan undi ( Secrecy of vote )
· Pengiraan dapat dilakukan dengan cepat.
Jika diperihatikan secara rambang, sistem e-undi telah mampu mengimbangi ciri-ciri tersebut tetapi bermain dengan sistem berkomputer juga mempunyai potensi untuk melakukan penipuan. Adakah dengan inginkan sesuatu yang bersifat advance dan baru, kita sanggup mengorbankan prinsip ketelusan dan ketepatan dalam proses pengundian.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Maklum Balas Keselamatan Makmal Keselamatan F-Secure Kuala Lumpur, Chia Wing Fei pula memaklum kan pemilihan calon pilihanraya melaui e-undi memudahkan pengundi tetapi ia turut menjadi isu apabila kata laluan yang digunakan dicuri sebelum mengundi dengan faktor mekanisme seperti dilihat dalam serangan virus Trojan. Kesan negatif utama yang dikesan dalam e-undi adalah persoalan integriti yang meyebabkan penipuan berlaku selain serangan daripada penggodam.
Kelemahan dan ketempangan E-undi
Prosedur perjalanan e-undi tidak boleh menafikan kelemahan yang wujud walaupun menggunakan sistem berkomputer bagi melicinkan proses pengundian. Beberapa siri pencabulan dan kebobrokan sistem pilihanraya kampus yang lepas yang terancang bagi memenangkan pihak tertentu dan pada masa sama menafikan hak kesamarataan (equality) dalam berpolitik secara sihat. Bersaing di atas padang yang tidak rata (unlevelled playing ground) memberi kelebihan kepada pihak tertentu menampakkan tahap kematangan yang dangkal lebih-lebih lagi kebebasan yang dituntut dalam sistem pilihanraya digelapkan.
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak HEP Universiti Malaya perlu melihat nilai-nilai teras amalan demokrasi yang mesti dikuatkan dari semasa ke semasa seperti penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya yang masih pasif, pemantauan berkesan daripada badan bebas dan daftar pengundi yang autoritatif bukannya mempersoalkan tentang perkara teknikal metod yang harus digunakan.
Acuan demokrasi tempang yang dicedok seperti e-undi mesti diteliti dan dikaji secara konstruktif sebelum dilaksanakan kerana ditakuti lebih memburukkan keadaan tambahan pula mahasiswa diujikaji unutk menilai keberkesanan metod berteknologi tinggi. Penegasan dibuat oleh pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman yang menyatakan Malaysia belum bersedia melaksanakan e-undi dalam pilihanraya kerana dikhuatiri menimbulkan masalah daripada pihak ketiga. Menurutnya lagi tahap celik IT rakyat belum mencapai tahap maksimum.
Timbul mengatakan e-undi dilaksanakan di peringkat kampus kerana mahasiswa telah mempunyai tahap celik maklumat yang berpotensi mengendalikan komputer secara mahir dengan berhujahkan cekap dalam melayari Internet. Mereka sepatutnya didedahkan secara meluas tentang peri penting celik maklumat dalam konteks sebenar sebelum e-undi diperkenalkan. Konsep ini akan mampu menjadi mahasiswa mengakses maklumat untuk digunakan secara berkesan dan bijaksana. Ini diperjelaskan lanjut dalam Standard Kelayakan Celik Maklumat bagi Pengajian Tinggi dan telah menjadi asas kepada standard celik maklumat lain di luar Amerika Syarikat.
Ini perkara pokok yang terus dibincangkan apabila e-undi diperkenalkan dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi tulen terutama kampus yang masih dianggap mentah dalam mengaplikasikan metod pengundian ini:
1. Kerahsiaan undi
2. Keselamatan dan integriti data-rosak,hacker
3. Kos Pengendalian sistem yang tinggi.
4. Pencabulan amalan demokratik kampus
Disini akan diterangkan berdasarkan hujah diatas:
Pertama:Kerahsiaan Undi
Dalam e-undi yang dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia, mesin menggunakan sistem yang menghadkan hanya dibenarkan 16 calon bebas diundi dan pengesahan akan dibuat setelah selesai proses pengundian. Undian akan direkod terus dan perangkaan akan dilakukan pada kadar segera jika diperlukan. Pengundi akan dibekalkan dengan kata laluan sebelum membuang undi. Pengundian maya ini tidak memiliki bukti fizikal dan sebarang kemungkinan untuk melakukan penipuan adalah tinggi. Isu kerahsiaan undi sewajarnya dijadikan asas perbincangan e-undi kerana programmer akan mengetahui undi individu apabila kata laluan diedarkan daripada pihak pengurusan pilihanraya. Dalam pilihanraya terdahulu yang dijalankan, no.siri telah dijadikan senjata untuk mengetahui undi pelajar.
Kedua:Keselamatan dan Integriti Undi
Isu kritikal yang mendapat perhatian berhubung dengan keselamatan apabila terdedah kepada penggodam( hackers ) yang merosakkan sistem kendalian. Malah, bagi sesiapa yang memiliki akses mampu juga mengubah sistem apabila mereka memasukkan malware dan virus. Menurut buku karangan R Michael Alvarez dan Thad E Hall bertajuk Electronic Election: The Perils and Promises of Digital Democracy sebelum pengundian di AS pada 2004, pelbagai spekulasi mengenai masalah yang dikaitkan dengan e-undi. Penggunaan elektrik sebagai sumber untuk mengerakkan sistem ini kadangkala mengundang malapetaka apabila terputus bekalan elektrik. Integriti undi juga dipersoalkan apabila mesin yang merekodkan penjumlahan undi secara maya boleh dipertikai dengan pertambahan undi yang sukar untuk dikesan.
Ketiga:Kos Pemasangan dan Pengendalian yang tinggi
Software atau mesin yang digunakan dalam e-undi sememangnya mahal dan memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi. Tidak sekadar itu, pakar-pakar komputer tentang metod berteknologi tinggi akan didatangkan khas untuk mengendalikan mesin ini. Dilaporkan bahawa mesin yang digunakan di Brazil yang dikeluarkan oleh Diebold, mencatatkan harga 67 juta dollar Amerika dan syarikat ini terpaksa melatih petugasnya untuk mengawalatur mesin agar berjalan lancar. Pihak universiti terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memperbaharui metod pengundian. Kenapa tidak didahulukan kewangan yang ada kepada meningkatkan proses pembelajaran di universiti. Jangan kita terpaksa menggadaikan nilai intelektual universiti hanya kepentingan komersial pihak tertentu.
Keempat:Pencabulan Amalan Demokratik Kampus
Bermulanya pilihanraya tahun 2004 merupakan sejarah hitam dalam kamus demokrasi kampus apabila pihak HEP terang-terangan melakukan penyelewengan dengan dibantu dengan campurtangan politik luar bagi memenangkan Aspirasi untuk memegang teraju MPM seluruh kampus. Ugutan dan penyalahgunaan kuasa untuk tempoh berkempen serta beberapa salahlaku menampakkan insiden ini mencalar demokrasi. Tambahan pula, e-undi dilihat begitu kontradik dengan realiti sebenar masyarakat yang masih mengakui sistem pilihnraya secara memangkah kertas adalah terbaik berdasarkan keperluan rakyat. Mengapakah pihak universiti begitu bersungguh dalam melaksanakan e-undi sedangkan citra masyarakat di luar berbeza dari sudut amalan demokrasinya.
Mengapakah PRK tidak cuba memperbaiki keadaan parah sedia ada yang mengongkong kebebasan malah bersedia mengubah peraturan yang disifatkan drakonian. Manakah yang menjadi keutamaan antara maruah mahasiswa dengan sistem e-undi yang diagungkan. Bersama memperteguhkan amalan demokrasi kampus.
Rancakkan agenda memaknakan mahasiswa
Seharusnya mahasiswa perlu belajar banyak perkara di kampus termasuk etika hidup bermasyarakat kerana mereka akan keluar sebagai agen sinergi pencerahan minda. Hanya dengan kefahaman yang jitu, mereka akan beraksi dengan penuh iltizam untuk mengubah status sosioekonomi masyarakat. Modal insan yang baik hanya akan lahir daripada rahim universiti yang mengajar erti menghargai sebuah penghidupan sementara di alam kampus. Bertindaklah secara glokal dalam mendepani perubahan dalam ruang lingkup peluang yang ada. Generasi yang buta politik adalah mereka yang gagal memahami konteks hidup bermasyarakat disebabkan keengganan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sosial. Mari kita bina generasi yang kaya budi dan intelektual agar tidak menyesal di kemudian hari. Agar kita tidak dipersalahkan atas kebutaan generasi terkemudian yang bakal mewarnai marcaparda wawasan 2020.
Komen:
Penguasa lebih sanggup menang dengan cara tidak jujur daripada tewas secara terhormat. Tidak ada nilai jati diri serta maruh berkualiti dalam politik. Sama ada ballot, e-undi atau undian tangan, segala macam manipulasi diamal demi kuasa. Kuasa amat kuat pengaruhnya dan dengan itu diimpi. Kuasa yang tinggi selalu disalahguna untuk kepentingan diri. Lebih tinggi kuasa, lebih cenderung ia disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.
artikel dipetik daripada http://sainspolitikmalaysia.blogspot.com/2009/02/e-undi-antara-ketempangan-sistem-dan.html
thanks for reading, have a good day~
Wednesday, January 13, 2010
Monday, January 4, 2010
MPI 12
antara acara yg giat berlangsung sekarang adalah minggu penghayatan Islam ke-12.baru membuka tirai dengan pameran pre-MPI 12 dan seterusnya majlis peramian pembukaan yang berlangsung di dewan nurani pada 3 Januari lepas.
antara acara menarik adalah Talk Show-Gen Y,Permata Yg Hilang.Hari untukmu Wanita.Islamic Battle of the Band.Malam Aprisiasi Seni.Kursus Kahwin.Bengkel Solat.Futsal.Explorace.Forum Bicara Ad-Deen,Palestin Merdeka,Realiti @ Fantasi?.dan banyak lagi.

Wednesday, December 30, 2009
caknakah kita?
salam perjuangan.
blog ini sudah lama dibiar x ter'update'.moga2 tahun baru ini bisa menyuntik keazaman baru dalam menimba ilmu dan kefahaman kita sebagai pelajar dan insan.
semoga tahun ini menjadikan kita semua lebih peka dan cakna dengan keadaan semasa kampus, dan bukan hanya mengambil kira aspek akdemik semata2 dalam kehidupan kita.kerana kalau bukan sekarang, bila lagi dapat kita gunakan untuk mencari ilmu tentang kehidupan?jangan sampai kelekaan mengejar pointer dan gred terbaik membuat kita hanyut dan tenggelam dalam dunia kecil yg kita sendiri ciptakan,namun realitinya ia tidaklah wujud.fikirkan...
kita hidup dlm konteks bermasyarakat,lebih tepat lagi masyarakat kampus.dan komuniti kita ini adalah terdiri daripada kelompok terpelajar, akademis, dan masing2 boleh membeza antara yang baik dan batil. lalu seharusnya kelompok ini sentiasa memperbaharui pemikiran dan pengetahuan mereka tentang isu semasa,luar dan dalam kampus.dengan ini barulah kita mampu setanding dengan generasi muda dari negara-negara maju terutamanya.
mungkin tulisan ini dianggap berat atau hanya angan2 oleh sesetengah pihak, kerana ada yang berpendapat tugas pelajar hanya belajar dan mengejar PNGK yang mantap,seterusnya menamatkan pengajian dengan sekalung skrol ijazah yang hanya bermakna sebentar cuma,melainkan jika kita memperkasakan ilmu pengetahuan tentang aspek2 lain selain subjek2 yang kita ambil di universiti.sebagai contoh, aspek kepimpinan dan sahsiah diri.aspek pengurusan dan softskill.ini sangat penting untuk kita semua sebagai persediaan di alam pekerjaan nanti.
oleh itu, cuba2 lah rajinkan diri menjenguk ke papan2 kenyataan asrama dan fakulti, serta bacalah bacaan berbentuk ilmiah yang melambak di pasaran.ambil tahu tentang keadaan semasa kampus, apa yang bakal berlaku dan libatkan diri dalam aktiviti2 ilmiah yang dianjurkan.jangan biarkan diri kita lalai dan leka dengan perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat kepada agama,keluarga,masyarakat dan diri kita sendiri.
sama-sama akita wujudkan siswa/i cakna pada isu semasa kampus.insyaallah.

Saturday, September 5, 2009
Bagaimanakah Nasib Pilihanraya Kampus Kita..
Kolej Kediaman Ungku Aziz , 3 September 2009 : Buat julung-julung kalinya Universiti Malaya bakal memperkenalkan sistem undian baru bersempena pilihanraya Kampus yang di katakan akan berlaku tidak lama lagi.
Sistem yang dikenali sebagai E-voting bakal di aplikasikan dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 09/10 akan datang. Sistem ini di perkenalkan sebagai mengganti sistem undian sebelum ini yang menggunakan cara manual dengan memangkah calon yang bertanding di atas kertas.
Berdasarkan maklumat , sistem ini di katakan menelan belanja hampir beribu-ribu ringgit untuk melaksanakannya. Sistem manual sebelum ini di katakan mengundang beberapa masalah seperti lambat mengetahui keputusan dalam masa yang sama telah menyusahkan pihak pegawai jawatankuasa pemilihan untuk melaksanakannya.
Semalam , pihak pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP ) telah mengadakan sesi percubaan tentang sistem ini kepada mahasiswa/i di kampus di olej kediaman ke 11, kolej kediaman ke 9 dan fakulti sastera dan sains sosial, sebagai maklumat asas sebelum melaksanakan sistem ini secara serius pada pilihanraya Kampus akan datang.
Beberapa pimpinan mahasiswa dan kakitangan akademik ketika di tanya pandangan mereka tentang sistem baru ini , kebanyakkannya mengatakan bahawa ianya ini perlu di perhalusi serta di kaji sedalam-dalamnya . Ini kerana, sistem ini amat di ragui ketelusannya setelah undian ini di jalankan. Kerisauan juga timbul sekiranya berlaku unsur ketidakadilan dalam pemilihan kali ini.
Sehubungan dengan itu, taklimat secara berperingkat yang akan bermula dari 7 september hingga 8 sepetember ini akan di lakukan secara terbuka oleh pihak HEP supaya mahasiswa/i dapat memahami dengan baik sistem baru yang bakal di perkenalkan ini.-

Friday, December 26, 2008
Dimana Pilihan Raya Kampus...?
Kota Bharu,27 Disember 2008- Setakat ini, beberapa kampus seperti UUM, UPSI, UNIMAS dan UTP telahpun berlangsung Pilihanraya Kampus (PRK) sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan Universiti dan AUKU sendiri.
“…ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun…” [Seksyen 52(4), Perlembagaan Universiti]
Pro Mahasiswa (ProM) di universiti-universiti lain seperti USM, UM, UKM, UPM, UiTM dan beberapa kampus lain masih menanti pembubaran MPP dan PRK dilangsungkan secara adil, bebas dan demokratik.
Ada dalam kalangan ProM kampus-kampus besar tersebut mulai mendesak pembubaran MPP dan tugas-tugas lazim ahli-ahli MPP boleh dilaksanakan oleh suatu badan sementara - caretaker government.
Hanya ProM UM sahaja menolak perlaksanaan caretaker government ini atas alasan teknikal - tidak boleh membuat keputusan rasmi Universiti; dan dianggap tidak relevan.
ProM USM agak lebih bersikap berhati-hati dalam hal ini.
Pun begitu, rata-rata yang menyatakan pendirian berhubung kelewatan pembubaran MPP dan pertimbangan menggunakan caretaker government ini didorong oleh pengalaman sistem pilihanraya Malaysia sendiri.
caretaker government, ada beberapa situasi hakikatnya menuntut pada wujudnya caretaker goverment. Pertama, apabila kerajaan (merujuk pada Dewan Rakyat) telah jatuh akibat undi tidak percaya; atau atas apa sebab sekalipun yang mengakibatkan Menteri Perdananya (PM) terpaksa meletak jawatan.
Sebagai contoh, jika usul undi tidak percaya 16 September lalu diterima bahas oleh Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan majoriti ahli-ahli Parlimen (MPs) tidak kira sama ada di pihak Kerajaan atau Oposisi menyokong undi tidak percaya kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, bermakna cartaker government perlu diwujudkan.
Kewujudannya bukan dipilih dalam kalangan MPs Kerajaan aka UMNO/BN, tetapi melalui persetujuan seluruh MPs melalui proses representasi Parlimen sendiri. Kemudian, keputusan tersebut perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong (DYMM YDA) untuk membentuk kerajaan sementara tersebut.
Di Malaysia perkara ini tidak pernah berlaku sama sekali, walaupun sebenarnya caretaker goverment ini boleh dilakukan dalam kadar yang perlu; tidak perlu kepada lompatan parti oleh MPs UMNO/BN ke pihak oposisi aka Pakatan Rakyat (PR) - PRK, DAP, PAS dan sebagainya.
Sistem demokrasi kampus dan PRK juga sebenarnya tidak jauh berbeza dengan sistem demokrasi nasional. Alasan Caretaker Government adalah tidak relevan patut diteliti semula kerana pembubaran MPP langsung tidak menjejaskan guardian aka Naib Canselor, komuniti ahli akademik, staff-staff sokongan sehinggalah jawatankuasa lantikan dalam kalangan mahasiswa/i.
Caretaker Government ini cuma sekadar ‘pemutus’ pada penggal perjawatan MPP apabila tamat tempoh setahun.
Caretaker Government ini sebenarnya sekadar menuntut Naib Canselor segera melantik badan tertentu yang dirasakan perlu untuk mengisi tangungjawab-tanggungjawab tertentu yang melibatkan hal ehwal kebajikan mahasiswa.
Apa yang lebih penting, caretaker government ini dapat membataskan penyalahgunaan kuasa dan keistimewaan Universiti oleh pihak-pihak ‘tertentu’ agar Pro Aspirasi aka proksi-proksi UMNO kampus tidak terus memperkudakan MPP demi memperbodohkan idealisme mahasiswa atas pelbagai nama.
Sunday, October 5, 2008
Mesin Basuh Untuk Semua…
Kubang Kerian, 11 September 08- Rungutan pelajar setelah bergenerasi berkenaan kurangnya mesin basuh di desasiswa terutamanya DM putera kini didengari pihak MPDMN. Sebuah mesin basuh telah disediakan di bilik pantri aras 1 DM 2 sebagai tempoh percubaan bermula 11 hingga 25 September 08.
Mesin basuh yang menyediakan perkhidmatan seperti mesin basuh yang sedia ada dengan bayaran hanya RM 2 dan penggunaan pelbagai syiling. Ini adalah satu kelebihan yang dimiliki oleh penghuni DM2 berbanding penggunaan mesin lama yang mengenakan bayaran sebanyak RM 3 dengan hanya membolehkan syiling 50 sen digunakan sepertimana yang berjalan di desasiswa lain.
Pihak MPDMN menjanjikan lebih banyak mesin basuh akan disediakan di setiap aras DM2 jika tiada kerosakan, pergaduhan, perselisihan dan lain-lain berlaku sepanjang tempoh percubaan iaitu berakhir 25 September baru-baru ini. Rata-rata penghuni DM 2 yang ditemui berpuashati dengan perkembangan yang berlaku.
“kami gembira dan ucapkan tahniah kepada pimpinan baru MPDMN atas usaha mereka menjaga kebajikan penghuni desa dengan menyediakan mesin basuh ini”
Sejenak tinjauan campusdaily kepada pandangan penghuni desasiswa lain memberikan pelbagai idea yang menarik untuk diberi perhatian.
“terima kasih diatas usaha yang dilakukan, mungkin penambahan mesin basuh juga perlu dilakukan di desasiswa lain contoh nya di nurani yang mempunyai kapasiti penghuni yang lebih ramai daripada DM2.”
“sememangnya ini adalah pengislahan yang baru dalam kepimpinan yang kita inginkan, tapi amat diharapkan agar usaha mejaga kebajikan adalah bersifat menyeluruh tanpa mengmbil kira kepentingan individu”
Saturday, October 4, 2008
Kad Diskaun IPTA...
ETALING JAYA 28 September - Sebilangan mahasiswa IPTA di seluruh Malaysia mempersoalkan kewujudan kad diskaun IPTA sebagaimana yang dicanang-canangkan oleh pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti masing-masing.
Di Universiti Malaya , aktivis Pro Mahasiswa saudara Fadzil Jamal mempersoalkan kesungguhan YDP MPMUM Afandy Sutrisno yang memimpin Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dalam memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa khususnya isu kad diskaun.
“Pada bulan jun yang lalu, beliau mencanangkan tentang kad diskaun untuk meringankan beban mahasiswa setelah harga minyak naik melambung.Majoriti mahasiswa di seluruh negara merasa lega lantaran cadangan yang bernas intu.Namun, sampai ke hari ini kad diskaun pun tak kunjung-kunjung tiba.”ujar Fadzil.
Di Universiti Putra Malaysia, seorang aktivis mahasiswa Pro Mahasiswa UPM saudara Razak Mustapha mempersoalkan mengapa pimpinan mahasiswa Aspirasi tidak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Kad Diskaun Mahasiswa.
“Pimpinan MPP hanya suka melancong di luar negara.Isu-isu kebajikan ini hanya akan ditimbulkan sebaga pemanis mulut.Tentang kad diskaun, sampai hari ini tak ada apa-apa perkembangan.”
Di Universiti Sains Malaysia, seorang mahasiswa tahun dua saudara Asyraf pula mengingatkan pimpinan MPPK agar tidak memperbodoh-bodohkan mahasiswa dengan jaji-janji palsu semata-mata-mahasiswakini

Subscribe to:
Posts (Atom)