Wednesday, September 3, 2008

Dimana kredibiliti MPDMN…


Bukanlah satu kepentingan untuk mempersoalkan isu pelantikan Majlis Perwakilan Desasiswa Murni Nurani (MPDMN) di peringkat individu. Namun, jika isu ini diambil kira dari segi hak majoriti penghuni desasiswa secara umumnya, ia menampakkan ketidakadilan dan pemanipulasian yang nyata. Jelasnya disini, omong berkenaan MPDMN bukan suatu yang boleh dipandang enteng. Hatta, jika sekelumit selumbar menusuk isi, jika dibiar, membawa nanah yang membusung.

Teringat kita akan pesanan retorik pihak atasan, “ingatlah kamu semua wahai pelajar yang dikasihi. Jangan dilupa pesan ayah dan ibu. Matlamat utama datang kemari agar belajar menimba ilmu”. Cukup ringkas mengongkong minda-minda mahsiswa mahasiswi kepada kehidupan berorientasikan akademik semata-mata. Biarkan saja mereka pekak pada perkembangan semasa, buta dengan ragam sekeliling, bisu lesu menyuarakan yang hak. Biarkan saja tunduk kecut pada kebatilan dan kerakusan pihak berkuasa.yang semakin senang dengan insan-insan seperti ini.

Pemilihan MPDMN baru-baru ini merupakan landskap klasik yang digubah oleh pihak atasan sejak turun-temurun. Percaya atau tidak, inilah senario yang disogokkan saban tahun tanpa kerelaan atau tanpa disedari majoriti penghuni desasiswa. Dengan retorik pemilihan calon secara temuduga, sudah pastinya cukup mudah dipengaruhi unsur kronisme. Siapa tahu sejauh mana telusnya pemilihan ini. Hakikatnya , mahasiswa mahasiswi diperbudakan.

Sekilas pandang terhadap keputusan MPDMN sesi 2008/2009 baru-baru ini, sesiapa pun mampu mengungkap kejumudan dalam pemilihannya. Cukuplah jika hanya meneliti kepada jawatan NYDP MPDMN yang tidak bercalon. Mana mungkin ini terjadi secara rasional. Dilihat pada senarai calon yang memohon jawatan tersebut seramai empat orang, logikkah untuk ia dibiarkan kosong tanpa berwakil. Sekalipun tiada dikalangan mereka yang cukup berkredibiliti sebagai alasannya, munasabahkah untuk pihak desa melantik mereka yang tidak memohon apa-apa jawatan dalam MPDMN sebagai penggantinya? Dimana professional pemlihan ini.?

Biarkan saja mahasiswa pekak pada perkembangan semasa, buta dengan ragam sekeliling, bisu lesu menyuarakan yang hak. Biarkan saja tunduk kecut pada kebatilan dan kerakusan pihak berkuasa.yang semakin senang dengan insan-insan seperti ini

Bagaimana pula jika kita mempersoalkan pemberian jawatan yang bukan dipohon oleh calon itu sendiri? Apa motifnya untuk setiap pemohon dikehendaki menyatakan jawatan yang dipohon mereka? Segalanya, menggambarkan ketidaktelusan pemilihan ini.

Bersama kita menjadikan pemilihan MPDMN dimasa akan datang secara undian!!!

.

“PRODUCING WORLD-CLASS LEADERS”

No comments: