Monday, September 22, 2008

Apakah nasib penubuhan PMIUSMKK..



USMKK, 21 September 2008 - Pihak penaja PMIUSMKK dilaporkan telah menghantar kertas kerja penubuhan PMIUSMKK serta menyuarakan perkara ini sehingga ke peringkat Naib Chanselor. Tindakan ini jelas telah memberikan suatu anjakan baru ke arah perkembangan usaha menyebarkan Islam di kampus ini. Sudah sekian lama masyarakat kampus ini, khususnya mahasiswa Islam menanti kewujudan sebuah persatuan bertemakan Islam. Umum telah mengetahui bahawa, persatuan-persatuan lain berentitikan budaya serta kepercayaan tersendiri telah lama berdiri di kampus ini. Apabila memikirkan nasib mahasiswa Islam pula, seolah-olah golongan ini terkial-kial mencari identiti serta teras kekuatan dalam kehidupan bermahasiswa. Menurut Jurucakap jawatankuasa penaja PMIUSMKK, merangkap Pengerusi MPPUSMKK, saudara Mohammad Alif Yunus, ketika diminta mengulas berkenaan dengan isu ini berkata "Memang Pusat Islam wujud di kampus ini, dan sekiranya difikirkan dari aspek kuantiti serta jisim, tidak perlulah wujud lebih daripada satu persatuan mahupun badan yang berteraskan Islam dalam sesuatu waqi'. Namun, pemikiran kita harus menjangkau lebih daripada itu. Kita harus melihat dari aspek fokus serta bebanan yang harus dipikul oleh Pusat Islam. Pusat Islam yang sedia ada, mempunyai fokus terhadap staf dan juga mahasiswa USMKK secara keseluruhannya. Justeru, penubuhan PMIUSMKK bukan sahaja dianggarkan memberi kesan kepada perkembangan dakwah serta sahsiah secara keseluruhannya dalam kalangan mahasiswa, bahkan, turut membantu serta memudahkan kerja Pusat Islam dalam menghebahkan lagi dakwah secara holistik dan spesifik."
Pihak atasan dilihat kurang memahami akan keperluan ke arah penubuhan satu persatuan Islam yang dikendalikan oleh mahasiswa dalam kampus ini. Komen yang dilontarkan oleh Naib Chansellor USMKK, Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak, terhadap penubuhan PMIUSMKK, cukup jelas menunjukkan beliau bersama-sama dengan barisan pengurusan USM tidak memahami akan keperluan serta rasional penubuhan. Pemikiran Islam mewakili label bukanlah satu perkara yang menjadi matlamat dalam dakwah, sebaliknya Islam seharusnya menjadi suatu cara hidup yang universal serta menyeluruh. Namun, dalam keadaan dunia yang penuh dengan kehidupan klusterism serta berfragmentasi, label persatuan Islam atau negara Islam harus wujud untuk menggerakkan Islam secara berstruktur dan efisyen. Persatuan ini seharusnya hidup seperti enjin penggerak Islam secara kukuh dalam masyarakat. Berpegang pada asas yang teguh dengan prinsip Islam yang sebenar, tidak menjadi masalah sekiranya pendekatan atau methodologinya berbeza pada masa kini. Kita tidak boleh mengharapkan dakwah ini bergerak dalam individu semata-mata, tetapi semolek-moleknya dakwah itu bergerak secara kolektif, berorganisasi selepas pengukuhan individu. Slogan Islam untuk semua semata-mata tidak berjalan sekiranya hanya suara-suara sahaja sayup-sayup didengar tanpa gelombang gerakan yang menyokongnya. Justeru, mahsiswa-mahasiswi USMKK berharap agar pihak pengurusan meneliti semula keperluan penubuhan PMIUSMKK secara adil, tanpa prejudis dan teliti.
Golongan mahasiswa kampus sentiasa berdiri teguh ke arah menyokong penubuhan PMIUSMKK. Gelombang perubahan kesedaran dilihat jelas berkumandang di seluruh pelusuk kampus, tidak kira di mana serta bahagian pengajian yang ada. PMIUSMKK sentiasa menjadi sebutan masyarakat kampus dalam tempoh yang terdekat ini, dan perkara ini menjadi suatu manifestasi semangat ke arah penubuhannya.

4 comments:

Fahmi Fauzi said...

wahai insan, dengar la..

jikalau PMI berasaskan objektif untuk memusnahkan USM, memang sah tidak patut diluluskan penubuhannya..bukan nya pihak atasan tidak memahami idea PMI tetapi, mereka sudah lebih dari memahami akan masa hadapan PMI sebenar..baik mereka hentikan sebelum USM musnah ditangan PMI..

kalau dilihat bagaimana PMI diinduk, nescaya ia akan terjadi di sini..jadi perbetulkan tujuan penubuhan PMI..malah, saya sokong penubuhan ini..tapi mesti atas dasar yang betul, bukan ada agenda disebalik penubuhan PMI..

tolong lah wahai insan, sebelum kita mahukan kebaikan, kita selebihnya berbuat baik dahulu..jika mahu memartabatkan islam, martabat lah dahulu didalam diri sendiri..jikalau, hati adanya calar-calar hitam, maka hentikan la, jangan mencalarkan nama islam yang mulia..

~mahasiswa islam~

so0tspirit said...

oke, baguslah kalau niat menubuhkan PMI itu ikhlas dan baik2 belaka
lepas ni boleh la berdakwah secara berhemah
bukan lagi letak flyer bawah pintu atau statment anonymous kat notice board lagi oke
bukan lagi berdakwah semata2 kalau ada event yg dibuat kat usm oke

vertroyz said...

i donno how's pmi at other uni..

i think mr.b's words in jacknaim's cbox are reasonable..

1. "kalau pencuri nak mencuri, mereka akan daftar diri di balai polis ke???" mestilah tidak, kan...
kalau betul pmi ade agenda lain, yg x baik, lebih mudah lah pihak pentadbiran nak kesan sbb dah ade presiden pmi utk dipertanggungjawabkan... dan kalau mcm tuh sapelah yg sggup nk crk mslh jd prsden pmi.. xde sape nak.." ~mr.B~

2.kalau betul pun di tempat lain dah ade mslh2 yg terbit dr pmi, analogi yg plg cantik ialah mpdmn sendiri... kite buleh je nak cop dan label mrk sbg persatuan yg pasif, x jage dan bela kebajikan siswa, tp bile fikir blk maybe pimpinan lepas je kut yg kureng cket.. same lah ngan pmi.. kite x leh samekan ngan uni lain sbb jelas2 pimpinan pmi usm kampus kesihatan x same ngan pemimpin pmi uni lain..

jus sharing..

drBOND said...

kenapa perlu ada persatuan islam..
adakah persatuan perubatan kampus saudari tidak islam..
kenapa perlunya menggunakan perkataan islam itu...
kampus saudari mempunyai persatuan perubatan tersendiri..kenapa tidak mahu terapkan sahaja islam di dalam persatuan itu...
itu lagi baik dan mudah bukan!